Assalamualaikum,
Kepada peminat-peminat pasukan Chelsea tentu ada yang akan merasa gembira dan lega dengan berita ini. Michael Essien dijangka akan dapat kembali beraksi tidak lama lagi selepas berehat selama hampir 4 bulan.
Pemain tengah Ghana ini tidak beraksi untuk Chelsea sejak Disember yang lalu apabila dia mendapat kecederaan lutut pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang APOEL FC. Setelah menjalani beberapa rawatan pemulihan, Essien, 27 tahun kini semakin bersedia untuk kembali beraksi.
'”Saya sebenarnya berharap dapat kembali beraksi bersama pasukan menentang Inter Milan tempoh hari tetapi disebabkan lutut saya mengalami sedikit bengkak, jadi saya terpaksa meneruskan sesi rawatan untuk sedikit masa lagi.” katanya di website peribadinya. www.michaelessiengh.com
Lahir di Accra, anak kepada Aba Gyandoh dan James Essien ini memulakan kerjayanya di sebuah kelab tempatan di kota asalnya, Ghana, iaitu Liberty Professionals FC selepas lulus dari St Augustine College. Pada tahun 1999, Essien bermain di Piala Dunia U-17 World Championship di New Zealand dan mempamerkan persembahan yang cukup hebat. Hal ini menyebabkan dia mendapat banyak perhatian dan diintai oleh skuad Eropah.
Pada bulan Julai 2000, kelab SC Bastia dari Perancis melamar Essien. Sebelum menyertai Bastia, Essien pernah cuba didapatkan oleh Manchester United. Di Bastia, dia tidak bermain di posisi biasa dia bermain, kadang-kadang bermain di bek kanan, bek kiri dan di bek tengah. Kemudian dek kerana berlaku kecederaan kepada salah seorang rakan pasukannya, Essien diberi kesempatan sementara untuk bermain di posisi tengah.
Selepas itu, bakat Essien terus berkembang dan sejak itu dia dibandingkan dengan pemain antarabangsa Perancis, Patrick Vieira kerana kebolehannya bermain sebagai ‘box-to-box midfileder’. Pada musim 2002/2003, dia membantu Bastia memenuhi syarat untuk Piala UEFA. Essien menghasilkan enam gol musim itu dan menjadikan fizikalnya lebih kuat dan lebih sukar di atasi. Selepas itu, Essien mendapat tawaran daripada Paris Saint-Germain (PSG), Olympique Lyonnais and Olympique de Marseille.
PSG membuat tawaran yang bagus dan Bastia menerimanya tetapi Essien meolak kontrak tersebut dan menerima tawaran daripada Lyon. Di Lyon, Essien bermain di posisi yang lebih kepada defensive midfielder untuk pasukannya yang mendapat tempat ketiga dan keempat enam musim berturut-turut dalam Ligue 1. Dia juga terpilih sebagai Player of the Year untuk tahun 2005 oleh Perancis's National Union of Profesional Footballers (UNFP).
Pada 14 Ogos 2005, Lyon dan Chelsea bersetuju untuk perpindahan Essien dengan harga £ 26 million. Pada waktu itu, kos perpindahan Essien adalah yang paling mahal antara yang lain dan mengatasi kos perpindahan yang dibuat Chelsea untuk Didier Drogba pada musim panas sebelumnya.Aksi pertama Essien buat Chelsea adalah ketika dia digantikan pada separuh masa kedua perlawanan menentang Arsenal pada 21 Ogos 2005 dengan menyarung jersi nombor 5. Essien menjaringkan goal pertamanya untuk Chelsea pada Mac 2006 dengan kemenangan 2 - 1 ke atas Tottenham Hotspur.
Adiosa.