Pakai Hijau Untuk Bumiku – 22 April 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua,

8-earth-day-green

Tahukah Anda! Hari ini adalah hari Bumi yang disambut di seluruh dunia pada 22 April setiap tahun. Hari Bumi sebenarnya telah diperkenalkan pada tahun 1970 untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya pemeliharaan bumi bagi generasi yang akan datang. Betapa caknanya orang-orang dahulu yer…kita? Ape kita buat? Fikir2kan…

Sebenarnya banyak perkara yang kita boleh lakukan untuk jaga bumi kita nie. tapi kita jer yang tak nak ambik tahu & tak nak tahu. Biasala Malaysia dah moden (moden ker..?sigh…), so penduduk kita ni pun tak nak ambik port sangat pasal hal ni…asyik nak berhibur jer. Pagi, petang, siang, malam, asyik nak hiburan jer. Tak fikir langsung pasal pasal dunia yang diberi “pinjam” nie. (Aiissyyhh….dah ke lain perginya JB nie.huhu…emo sket)

Pada hari ini, sama2la kita menyambut hari Bumi dengan berpakaian HIJAU sebagai tanda sokongan kita. Ingat, apa sahaja yang anda lakukan adalah satu usaha yang memberikan kesan. Walaupun kelihatan kecil,  namun  ia  boleh  berubah menjadi suatu yang besar dan bermakna.

Selamat menyambut Hari Bumi!

Mulakan Hari Ini, Untuk Hari Esok

 

Adiosa!

Perjalanan Manusia Di Dunia & Liku-Liku Di Akhirat. Insaflah Kawan-Kawan.

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua,

Dah lama penulis tak update blog nie. Biasala, kerja, kerja & kerja…Alhamdulillah, skang penulis ade masa sket so penulis ambik masa untuk kongsikan ilmu ini dengan kalian semua. Gambar berilmu ini penulis dapat daripada email yang dihantar oleh kawan sekerja penulis. Penulis harap dengan gambar ini, sedikit sebanyak dapat memberi sedikit ilmu untuk kita panduan untuk menuju akhirat kelak.

Perjalanan Manusia Selepas Di Dunia Klik Untuk Besarkan Gambar

Air Mata Paletina

Assalamualaikum,

Tonton dan ambil langkah segera...demi ummah dan kemenangan agama Allah di muka bumi.

 

Dalam hati kita, sesetengah daripada kita ade yang ingin membantu umat Islam di Palestin. Namun kita tidak tahu caranya. Alasan lemah sering digunakan. InsyaAllah, jika suatu hari nanti ade peluang untuk kita pergi ke Palestin untuk mempertahankan Masjidil Al-Aqsa, di harap kita semua dapat memberi bantuan bukan sahaja dari segi makan, minum tp bantuan jiwa kita.

InsyaAllah, jika penulis @ sahabat2 yang lain tahu cara untuk kita pergi berperang di Palestin, kita akan war2kan dan di harap kita semua dapat bersatu hati menentang musuh Islam.

 

Marilah sahabat2 kita berjihad demi Islam tercinta.

 

MEREKA MEMERLUKAN KITA!!!

The Fun Theory – Piano Starirs

Assalamualaikum,

 

creatif

Hari tu penulis ada terima email daripada bos penulis. Bukan calang2 bos tau, beliau nie bos no. 2 terbesar dalam department kitorang. Walaupun berpangkat Assistant General Manager (AGM), beliau seorang yang friendly dengan kitorang kat bawah nie.

Klah, kita berbalik kepada email yang penulis terima daripada bos penulis tadi. Penulis menerima email yang mengandungi video yang menarik untuk penulis kongsikan di sini. Penulis tak nak citer panjang2, so korang layan jela ek kekreatifan manusia yang di anugerahkan oleh Allah Taala ini.

 

Menarik bukan? Harap2 bolehla apply kat Malaysia jugak.

 

Adiosa!

Battle Of The Titans

Assalamualaikum,

battle of the titans

Lebih kurang 1 jam dari sekarang, pertembungan 2 pasukan gergasi Eropah akan  bermula. Pertembungan antara kedua-dua pasukan gergasi ini dijangka sengit dengan masing2 cuba untuk bermain dengan bersungguh bagi merebut mata. Perlawanan ini akan bermula pukul 12:45 waktu UK (Malaysia – 07:45 malam) dan akan disiarkan dengan versi 3D. Kepada yang memiliki cermin mata 3D dan HDTV, anda boleh tengok dalam versi 3D.

Manchester United akan menerima kunjungan daripada Chelsea kini yang berada di tangga kedua liga dengan perbezaan 1 mata dibelakang MU dan memerlukan kemenangan bagi memintas kedudukan MU. Bagi Manchester United pula, mereka juga perlu menang bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka selaku pendahulu liga.

alex&anchelotti

MU akan turun berdepan Chelsea dengan ketiadaan tunggak utamanya iaitu Wayne Rooney. Rooney di jangka berehat selama 2-3 minggu bagi menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich. Rooney dijangka akan dapat kembali beraksi pada perlawanan menentang Manchester City pada 17 April 2010.

Pada pertembungan ini, Chelsea dikatakan memiliki sedikit kelebihan kerana ketiadaan Wayne Rooney. Namun Mu bukan calang2 pasukan, Chelsea perlu berwaspada dengan seoarang lagi penyerang MU iaitu Berbatov. Walaupun mempunyai gerakan yang perlahan, Berbatov mampu melakukan sesuatu. Di samping itu juga, Park Ji-Sung juga adalah seorang yang merbahaya. Gerakan lincahnya yang sukar di kawal mesti di awasi oleh Chelsea. Chelsea juga perlu berhati-hati dengan Nani yang sering menghantar bola dari kiri dan kanan padang.

Namun MU juga perlu berwaspada dengan Chelsea yang sekarang sedang berada di prestasi terbaik mereka. Menang ke atas Aston Villa, 7-1 pada minggu lepas dan 5-0 ke atas Portsmouth pada minggu sebelumnya membuat Chelsea semakin garang untuk memburu gelaran juara. Lampard yang menjaringkan 4 gol minggu lepas adalah salah seorang pemain yang harus di awasi oleh MU. Selain itu, Malouda juga perlu diberi perhatian selepas banyak membantu Chelsea mendapatkan gol. Pemain tengah (kiri) Chelsea ini mampu melakukan sesuatu untuk pasukan.

Dua tunggak utama Chelsea juga perlu diberi perhatian serius oleh Ferguson iaitu Drogba dan Anelka. Drogba yang direhatkan pada perlawanan menentang Aston Villa minggu lepas kembali beraksi pada hari ini bagi menentang musuh tradisi mereka. Kedua-dua pemain ini mempunyai rentak permainan yang bagus dan mampu merobek gol lawan.

Kebanyakan pemerhati bola sepak meramalkan perlawanan ini akan berkesudahan dengan seri. Namun bagi penulis, Chelsea akan melakukan sesuatu dan akan menang 1-0 tetapi penulis juga merasakan MU tidak akan mudah memberikan gol buat Chelsea, lebih2 lagi apabila perlawanan ini berlangsung di stadium keramat mereka iaitu Stadium Old Trafford.

Selamat menonton & JOOM kita tengok bola reramai kejap lagi.

 

Adiosa!

Orang Lain Minum Arak, Orang Lain Yang Mati!

Assalamualaikum,

Arak Haram

Terbantut seketika penulis nak buat post pasal bola sepak apabila penulis ternampak kat “news feed” Facebook penulis pasal kemalangan di stesen minyak BHP, Taman Midah, Cheras yang menyebabkan kematian. Video nie di publish di FB oleh saudara Razali Daim dan di share oleh Ami Mahyuddin. Thanx to both of you bcoz share this video and i hope it will realize people about disadvantages of ARAK.

Video nie amat menyayat hati dan jika ini berlaku kepada keluarga anda sendiri, ia boleh membuatkan anda lebih sedih & sakit hati. Penulis tak dapat nak tunjukkan kat sini video tu sebab video tu tak diupload ke yotube. Mungkin saudara Razali Daim mengupload ke dalam FB daripada komputer beliau. Korang boleh tengok video tersebut di link ini.

Ape2pun, penulis ucapkan takziah kepada arwah, Mohd. Yusri Abdul Wahab, 32. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah…

 

ARAK IS HARAM!!!

 

*Updates

Penulis ade buat sedikit screenshot video rakaman cctv nie.

xcident-sc1 xcident-sc2 xcident-sc3 xcident-sc4 xcident-sc5

Klik gambar untuk lihat lebih jelas.

Adiosa!

Jawatan Kosong Kerajaan

Assalamualaikum,

Kali nie penulis nak kongsikan jawatan kosong kerajaan yang penulis dapat daripada email penulis. Harap-harap dapat membantu korang yang masih lagi mencari pekerjaan. :)

 jawatankosong

--> Jawatan Kosong TESDEC - Tarikh tutup 4 April 2010 ( Sebelum Jam 5.00 Petang)

  • TESDEC mempelawa rakyat Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk memohon kekosongan jawatan di TESDEC:-
    i.    Penolong Pengurus Kewangan & Akaun W41
    ii.   Pensyarah Automotif DG41
    iii.  Eksekutif Infra / Bangunan (TA) J29
    iv.  Pembantu Peribadi KPE N27
    v.   Pembantu Tadbir N17

  • Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :
    Kolej TESDEC
    d/a : Kawasan Perindustrian Bukit Khor
    21600 Marang, Terengganu
    (u.p : Bahagian Sumber Manusia)
    Sila Sertakan Resume lengkap dan Salinan sijil-sijil yang berkaitan.

 

--> Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kangar, Perlis - 6 April 2010 

  • Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kangar, Perlis:-

          i.   Pembantu Tadbir (Kewangan)

 

Adiosa!

Michael Essien Kembali Beraksi!!!

Assalamualaikum,

Michael Essien - 01

Kepada peminat-peminat pasukan Chelsea tentu ada yang akan merasa gembira dan lega dengan berita ini. Michael Essien dijangka akan dapat kembali beraksi tidak lama lagi selepas berehat selama hampir 4 bulan.

Pemain tengah Ghana ini tidak beraksi untuk Chelsea sejak Disember yang lalu apabila dia mendapat kecederaan lutut pada perlawanan Liga Juara-Juara menentang APOEL FC. Setelah menjalani beberapa rawatan pemulihan, Essien, 27 tahun kini semakin bersedia untuk kembali beraksi.

'”Saya sebenarnya berharap dapat kembali beraksi bersama pasukan menentang Inter Milan tempoh hari tetapi disebabkan lutut saya mengalami sedikit bengkak, jadi saya terpaksa meneruskan sesi rawatan untuk sedikit masa lagi.” katanya di website peribadinya. www.michaelessiengh.com

Lahir di Accra, anak kepada Aba Gyandoh dan James Essien ini memulakan kerjayanya di sebuah kelab tempatan di kota asalnya, Ghana, iaitu Liberty Professionals FC selepas lulus dari St Augustine College. Pada tahun 1999, Essien bermain di Piala Dunia U-17 World Championship di New Zealand dan mempamerkan persembahan yang cukup hebat. Hal ini menyebabkan dia mendapat banyak perhatian dan diintai oleh skuad Eropah.

Pada bulan Julai 2000, kelab SC Bastia dari Perancis melamar Essien. Sebelum menyertai Bastia, Essien pernah cuba didapatkan oleh Manchester United. Di Bastia, dia tidak bermain di posisi biasa dia bermain, kadang-kadang bermain di bek kanan, bek kiri dan di bek tengah. Kemudian dek kerana berlaku kecederaan kepada salah seorang rakan pasukannya, Essien diberi kesempatan sementara untuk bermain di posisi tengah.

Selepas itu, bakat Essien terus berkembang dan sejak itu dia dibandingkan dengan pemain antarabangsa Perancis, Patrick Vieira kerana kebolehannya bermain sebagai box-to-box midfileder. Pada musim 2002/2003, dia membantu Bastia memenuhi syarat untuk Piala UEFA. Essien menghasilkan enam gol musim itu dan menjadikan fizikalnya lebih kuat dan lebih sukar di atasi. Selepas itu, Essien mendapat tawaran daripada Paris Saint-Germain (PSG), Olympique Lyonnais and Olympique de Marseille.

PSG membuat tawaran yang bagus dan Bastia menerimanya tetapi Essien meolak kontrak tersebut dan menerima tawaran daripada Lyon. Di Lyon, Essien bermain di posisi yang lebih kepada defensive midfielder untuk pasukannya yang mendapat tempat ketiga dan keempat enam musim berturut-turut dalam Ligue 1. Dia juga terpilih sebagai Player of the Year untuk tahun 2005 oleh Perancis's National Union of Profesional Footballers (UNFP).

Pada 14 Ogos 2005, Lyon dan Chelsea bersetuju untuk perpindahan Essien dengan harga £ 26 million. Pada waktu itu, kos perpindahan Essien adalah yang paling mahal antara yang lain dan mengatasi kos perpindahan yang dibuat Chelsea untuk Didier Drogba pada musim panas sebelumnya.Aksi pertama Essien buat Chelsea adalah ketika dia digantikan pada separuh masa kedua perlawanan menentang Arsenal pada 21 Ogos 2005 dengan menyarung jersi nombor 5. Essien menjaringkan goal pertamanya untuk Chelsea pada Mac 2006 dengan kemenangan 2 - 1 ke atas Tottenham Hotspur.

Adiosa.

Fail Wedding

Assalamualaikum,

Gara-gara kerja, sudah seminggu penulis tak updates blog nie… So, kali nie penulis ade beberapa perkara yang ingin dikongsikan dengan anda semua. Tapi sebelum tu, penulis nak kongsikan sedikit video perkahwinan yang fails dan melucukan sebagai selingan. Skang nie pun musim orang kawen, so yang mane nak kawen tu, jemput2la tengok supaya ianya tak terjadi kepada anda.

Joom tengok…

1) Pengantin Jatuh Tangga

 

2) Pengantin Jatuh Kolam

 

3) Pengantin Diseret Kereta

 

4) Pengantin BerFacebook..(giler r..sempat lagi berfacebook & twitter)

 

Adiosa!

Program Pengajian Separuh Masa (UTMSpace)

Assalamualaikum,

Kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di peringkat diploma @ degree under UTM, bolehlah lawati website UTMSpace di bawah.

UTMSpace0

  UTMSpace1

Klik disini untuk ke UTMSpace.

CGI Technology – Stargate Studios

Salam,

Kali ini penulis just nak share video dengan anda semua mengenai CGI Technology @ dengan nama panjangnya Computer-Generated Imagery yang telah dihasilkan oleh Stargate Studios. Stargate Studios telah banyak menghasilkan effects CGI nie untuk drama dan filem di US seperti drama bersiri Heroes, 24, CSI:NY, Grey Anatomy dan banyak lagi.

Bukan penulis hendak bandingkan tetapi di Malaysia teknologi CGI nie masih lagi nampak tak real macam yang dorang buat nie. Dah ade di lokasi luar pun dorang still gunakan effect nie untuk mencantikkan background lokasi cerita. Memang power rr…rase macam kena tipu hidup-hidup pun ado….Kalau buat effects sket2 tu okla tp boleh dikatakan setiap scene guna CGI…

Klah, korang layanla video tu. Penulis nak beransur dulu…

Adiosa.

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1431H

Salam,

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 12 Rabiulawal 1431H bersamaan 26 Februari 2010, ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita adalah satu anugerah besar bagi umat manusia. Kelahiran baginda adalah untuk mengutuskan risalah kebenaran dan penyelamat kepada umat dari terus dibelenggu arus jahiliyah.

Seminggu sudah berlalu tetapi baru hari ini penulis sempat untuk menulis mengenai ulangtahun kelahiran baginda nabi. Penulis berasa bersalah sangat sebab penulis memperlambatkan tulisan ini seolah-olah penulis lupa tentang hari keputeraan baginda sedangkan di ambang kewafatannya, baginda masih ingatkan ummatnya. “Ummati, ummati, ummati”. Maafkan ummatmu yang hina ini Ya Rasul….

Penulis bukan seorang ustaz bahkan jauh sekali untuk mencapai taraf ulama’. Namun niat untuk menjadi seperti itu ada tetapi mungkin jauh lagi perjalanan yang perlu penulis lalui untuk mencapai tahap sebegitu. Jadi melalui blog ini, penulis cuba untuk berkongsi sedikit ilmu yang harapnya dapat memberi manfaat kepada anda semua dan juga dapat memperingati antara satu sama lain.

Sabda Nabi yang bermaksud;

Sampaikan walaupun sepotong ayat.

Kat bawah nie ada selawat nabi, jadi kepada sesiapa yang singgah kat sini..ruangkanlah sedikit masa anda untuk berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

selawat nabi

p/s: penulis ada simpan biodata dan segala maklumat mengenai baginda. nanti penulis postkan kemudian.

TweetDeck

Salam,

TweetDeck logo

Sebenarnya minggu lepas lagi penulis nak post pasal Tweetdeck nie tapi masa tak mengizinkan so penulis hold dulula. Hari nie, penulis berkesempatan so penulis akan postkan review pasal Tweetdeck untuk korang semua.

Tweetdeck merupakan aplikasi desktop untuk Twitter, Facebook, Myspace dan Linkedln. Pada awal kemunculan TweetDeck nie pada tahun 2008, fungsinya ditujukan terhadap perkhidmatan rangkaian sosial Twitter. Namun pada Mac 2009, satu pre-version dikeluarkan yang mana pengguna Facebook dapat update status kat Tweetdeck nie.

Mesti ramai yang nak tahukan ape yang TweetDeck boleh buat. So, penulis akan bagitahu serba sedikit dan harapnya, anda semua mendapat manfaat. Pertama sekali layout TweetDeck nie memang cantik dan menarik. Ini kerana ianya dihasilkan oleh Adobe Systems menggunakan Adobe AIR iaitu gabungan Adobe Flash, Adobe Flex, HTML dan Ajax yang mana Adobe AIR ini berfungsi untuk menghasilkan suatu aplikasi yang pelbagai guna dan lebih menarik.

TweetDeck Screenshot TweetDeck Penulis

Melalui TweetDeck, pengguna boleh updates Twitter dan Facebook sekaligus. Ini kerana TweetDeck mempunyai setting untuk pengguna update status Facebook/Twitter sahaja ataupun update kedua-duanya sekaligus. Selain itu, pengguna dapat melihat updates mengenai Status Update FB, Wall Posts FB, Photos FB dengan hanya satu page sahaja. So, pengguna tak payah membuka page yang banyak untuk membuka semua tu.

Selain itu, function yang membuatkan penulis lebih tertarik untuk menggunakan TweetDeck adalah kerana ianya mempunyai TweetDeck Directory. Fungsi ini sangat menarik kerana mempunyai pelbagai directory yang boleh membuatkan pengguna tidak boring menggunakan TweetDeck. Jika di Facebook, ianya seakan-akan “Groups @ Pages”.

So, apa korang tunggu lagi…cubalah, penulis pasti anda semua akan tertarik dengan TweetDeck nie dan enjoy menggunakannya.

Klik sini untuk Download TweetDeck.

Apa Anda Boleh Buat Dengan Duit???

Salam,

Oppss...ini bukan post pasal MLM or ape saje yang sama waktu dengan ok. Korang nie tengok tajuk macam tu dah fikir "nie mesti MLM"....Kali ni, penulis nak kongsikan sedikit selingan untuk korang semua pasal DUIT. Ape korang boleh buat dengan duit? Ape...???beli kereta, beli handphone, PSP, PS3....?Ya, semua jawapan tu betul. Tapi yang sebetulnya penulis nak kongsikan sedikit kekreatifan segelintir manusia terhadap duit.

Malas penulis nak cerita lebih-lebih. Korang semua layan jela ek.....

Duit dibuatnya bunga..kreatif tul. boleh buat hantaran yang mane nak kawen...


Tanpa duit, tiadalah bangunan…hehehe….

Sukela kaki pancing kalau dapat ikan cani...hahaha....


Nie penulis tak tau dia buat cane...maen tepek jer kot.


Yang last skali nie tak boleh blah...siot jer...masuk jer ngn muka orang tuh....Hahaha...

Adiosa...

8 Cara Meningkatkan Keselamatan Laptop Anda

Salam,


Kali penulis nak kongsikan sedikit dengan para pembaca semua tentang cara-cara untuk meningkatkan keselamatan laptop. Pada zaman sekarang, menggunakan laptop untuk menyiapkan tugasan di luar semakin diterima secara meluas. Namun tabiat mudah alih ini telah menyebabkan tabiat ini menjadi sasaran pencuri di seluruh dunia. Jika laptop anda di curi, maklumat peribadi, kewangan dan syarikat anda mudah untuk di salahgunakan.

Jadi, penulis ingin kongsikan sedikit tips-tps bagaimana untuk meningkatkan keselamatan laptop semasa berada di khalayak ramai mahupun ketika dibawa ke merata tempat.

1. Elakkan menggunakan beg laptop.
Beg laptop boleh menampakkan dengan jelas bahawa anda membawa laptop. Jadi, sebagai ganti...bawa laptop anda dengan sesuatu yang lain. Contohnya seperti bawak laptop di dalam beg galas sekolah yang dulu2 @ guna beg power rangers adik anda.

2. Jangan sesekali tinggalkan katalaluan dalam beg.
Menyimpan katalaluan dalam beg seperti menyimpan kunci kereta di dalam kereta. Tanpa katalaluan, ianya akan menimbulkan sedikit sebanyak masalah kepada pencuri untuk mengakses maklumat peribadi @ syarikat anda.

3. Bawa bersama laptop dengan anda.
Semasa menaiki bas @pun pesawat, jangan sesekali simpan laptop di bahagian bagasi. Ianya senang untuk hilang jika bagasi anda hilang.

4. Mengenkripsi data.
Langkah ini adalah bagi memberi penyulitan kepada seseorang yang ingin mengakses fail anda. Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7 ade menyediakan option untuk melakukan tugas tersebut. So, pandai2 explorela ek. Kemudian, jika seseorang memperoleh akses kepada sebuah fail penting, mereka tidak boleh mendekripsi dan melihat maklumat anda. Banyak software yang boleh mengenkripsikan data. Anda boleh dapatkan di internet.

5. Elakkan meletakkan laptop di lantai.
Meletakkan laptop di lantai adalah cara mudah untuk lupa atau hilang. Jika harus meletakkannya, cubalah untuk letakkannya di antara kaki atau di hadapan kaki.

6. Membeli peranti keselamatan laptop.
(Ramai yang jarang guna kabel ini walaupun ianya mudah didapati di kedai2)
Jika anda harus meninggalkan laptop dalam bilik atau di meja, gunakan kabel keselamatan laptop dan pasangkan ke kerusi yang berat, meja, atau meja. Kabel ini menyebabkan lebih sukar bagi seseorang untuk mengambil laptop anda. Ada juga program yang akan melaporkan lokasi laptop yang dicuri. Ianya bekerja ketika laptop terhubung ke Internet, dan dapat melaporkan laptop anda lokasi yang tepat. Salah satu program pengesan adalah ComputracePlus.

7. Guna pelindung skrin.
Pelindung ini membantu mencegah orang melihat melewati bahu anda ketika anda sedang mengakses maklumat yang sensitif di tempat umum. Hal ini sangat berguna ketika anda sedang bekerja di kawasan yang ramai. Salah satu contoh pelindung skrin yang anda boleh gunakan adalah daripada Secure-It. Sangat menarik dan penulis pun rasa penulis sendiri mesti mendapatkannya.

8. Cubalah untuk tidak meninggalkan laptop dalam bilik hotel.
Ramai orang telah hilang laptop di bilik hotel sewaktu keluar dari bilik. Jika anda harus meninggalkan laptop dalam bilik anda, letakkan tag "Tidak Mahu Diganggu" di pintu supaya petugas-petugas hotel tidak masuk ke bilik anda.

Royal College of Art & Umbro

Salam,



Sedang penulis sedang melayari internet dalam keadaan mengantuk dan sakit kepala, penulis terbuka satu laman sesawang berkenaan dengan kasut bola. Dalam keadaan mengantuk itu, penulis terus berasa segar apabila melihat gambar kasut yang berwarna putih, hijau dan hitam berjenama Umbro.

Bagi penulis, rekabentuk kasut tersebut sudah biasa dan jenama lain juga pernah menghasilkan rekabentuk tersebut. Tetapi, apa yang menarik perhatian penulis untuk menulis pada pagi-pagi buta ni adalah kerana tertarik dengan corak warna yang diterapkan pada kasut ini.

Corak kasut ini telah direkacipta oleh pelajar-pelajar dari Royal College of Art, London dengan kerjasama Umbro di studio rekaan mereka di Manchester’s Northern Quarter. Tahun lepas, Umbro telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar kolej tersebut untuk mengemukakan idea-idea yang menarik berkenaan dengan sukan, teknologi dan Britishness.

Penulis amat tertarik dengan kasut ini dan berharap dapat memilikinya, bukan dalam versi kasut bola tetapi dalam versi kasut futsal. Ini kerana, penulis sekarang lebih cenderung kepada bermain futsal. Minggu lepas, penulis ada bermain bola padang (1st time main selepas 3tahun tak main) tetapi tak sampai 10 minit penulis dah pancit...he3.

Jadi mungkin selepas ini penulis tak akan bermain bola padang lagi dan akan fokus kepada futsal. Dengan adanya Nike CTR360, InysaAllah...penulis akan terus bermain futsal walaupun terdapat pelabagai halangan yang penulis terpaksa hadapi. So, kepada kaki bola dan kaki futsal, teruskan bersukan. Amalkan gaya hidup yang sihat.

Adiosa...

kredit to http://www.footy-boots.com

Avatar 2009

Salam,


Filem Avatar telah pun menemui penonton di pawagam sejak 16 Disember 2009 yang lalu & tidak terlampau jika penulis ingin mengatakan ianya masih hangat & dan masih lagi diperkatakan. Filem epik cereka sains ini diarahkan oleh James Cameroon, seorang pengarah yang hebat & telah mengarahkan banyak filem-filem yang hebat seperti The Terminator (1984), Rambo : First Blood II (1985), The Abyss (1989), Terminator 2 : Judgement Day (1981), Titanic (1997), Spider Man & Dark Angel (2000-2002), Avatar (2009).

Filem Avatar ini dibangunkan pada tahun 1994, apabila Cameroon menulis skripmen sebanyak 80 muka surat. Penggambaran filem ini sepatutnya dimulakan sebaik sahaja filem beliau yang sebelumnya, iaitu Titanic, agar sempat dikeluarkan pada tahun 1999. Namun Cameroon mengaku bahawa teknologi ketika itu masih belum sedia menzahirkan visi filemnya itu.


Filem ini berlatarkan tahun 2154, apabila manusia terlibat dalam usaha perlombongan rizab galian berharga iaitu unobtanium di bulan Pandora dalam sistem bintang Alpha Centauri. Peluasan koloni manusia di situ mengancam kemandirian pribumi Na'vi di Pandora dan juga seluruh ekosistem Bumi. Judul filem ini juga mengisahkan tindakan sesetengah manusia memakai jasad Na'vi rekaan genetik untuk berinteraksi dengan kaum pribumi Pandora. Antara pelakon-pelakon yang membarisi filem ini adalah Sam Worthington sebagai Jake Sully, Zoe Saldana sebagai Neytiri, Sigourney Weaver sebagai Grace Augustine, Stephen Lang sebagai Col. Mines Quaritch, Michelle Rodriguez sebagai Trudy Chacone.

Filem ini keluar dengan format 2D biasa dan juga bentuk 3D yang berformatkan RealD 3D, Dolby 3D dan IMAX 3D. Perbelanjaan untuk filem epik cereka sains ini adalah USD237 juta dan telah memecahkan rekod kutipan pawagam sejak mula tayangannya sehingga menjadi filem yang meraih kutipan tertinggi sepanjang zaman sekaligus mengatasi filem Titanic.