Assalamualaikum,
Lebih kurang 1 jam dari sekarang, pertembungan 2 pasukan gergasi Eropah akan bermula. Pertembungan antara kedua-dua pasukan gergasi ini dijangka sengit dengan masing2 cuba untuk bermain dengan bersungguh bagi merebut mata. Perlawanan ini akan bermula pukul 12:45 waktu UK (Malaysia – 07:45 malam) dan akan disiarkan dengan versi 3D. Kepada yang memiliki cermin mata 3D dan HDTV, anda boleh tengok dalam versi 3D.
Manchester United akan menerima kunjungan daripada Chelsea kini yang berada di tangga kedua liga dengan perbezaan 1 mata dibelakang MU dan memerlukan kemenangan bagi memintas kedudukan MU. Bagi Manchester United pula, mereka juga perlu menang bagi mengukuhkan lagi kedudukan mereka selaku pendahulu liga.
MU akan turun berdepan Chelsea dengan ketiadaan tunggak utamanya iaitu Wayne Rooney. Rooney di jangka berehat selama 2-3 minggu bagi menjalani rawatan selepas mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich. Rooney dijangka akan dapat kembali beraksi pada perlawanan menentang Manchester City pada 17 April 2010.
Pada pertembungan ini, Chelsea dikatakan memiliki sedikit kelebihan kerana ketiadaan Wayne Rooney. Namun Mu bukan calang2 pasukan, Chelsea perlu berwaspada dengan seoarang lagi penyerang MU iaitu Berbatov. Walaupun mempunyai gerakan yang perlahan, Berbatov mampu melakukan sesuatu. Di samping itu juga, Park Ji-Sung juga adalah seorang yang merbahaya. Gerakan lincahnya yang sukar di kawal mesti di awasi oleh Chelsea. Chelsea juga perlu berhati-hati dengan Nani yang sering menghantar bola dari kiri dan kanan padang.
Namun MU juga perlu berwaspada dengan Chelsea yang sekarang sedang berada di prestasi terbaik mereka. Menang ke atas Aston Villa, 7-1 pada minggu lepas dan 5-0 ke atas Portsmouth pada minggu sebelumnya membuat Chelsea semakin garang untuk memburu gelaran juara. Lampard yang menjaringkan 4 gol minggu lepas adalah salah seorang pemain yang harus di awasi oleh MU. Selain itu, Malouda juga perlu diberi perhatian selepas banyak membantu Chelsea mendapatkan gol. Pemain tengah (kiri) Chelsea ini mampu melakukan sesuatu untuk pasukan.
Dua tunggak utama Chelsea juga perlu diberi perhatian serius oleh Ferguson iaitu Drogba dan Anelka. Drogba yang direhatkan pada perlawanan menentang Aston Villa minggu lepas kembali beraksi pada hari ini bagi menentang musuh tradisi mereka. Kedua-dua pemain ini mempunyai rentak permainan yang bagus dan mampu merobek gol lawan.
Kebanyakan pemerhati bola sepak meramalkan perlawanan ini akan berkesudahan dengan seri. Namun bagi penulis, Chelsea akan melakukan sesuatu dan akan menang 1-0 tetapi penulis juga merasakan MU tidak akan mudah memberikan gol buat Chelsea, lebih2 lagi apabila perlawanan ini berlangsung di stadium keramat mereka iaitu Stadium Old Trafford.
Selamat menonton & JOOM kita tengok bola reramai kejap lagi.
Adiosa!